Wednesday, March 2, 2011

Jinta Malang - Episod 11

"Jinta,Jinta!!Jom ar beratur,kang lambat karang."Fattah mencuit bahu Jinta sambil berlari-lari anak menuju ke arah bangunan lagenda berhantu,Dewan Seri Bestari.Mana tidaknya,hampir berpuluh-puluh kisah seram direka di dewan itu,katanya dewan itu keras.Sedangkan bahan binaannya tidaklah sekeras mana.


Jinta tersedar dari lamunan,wajahnya kebingungan mencari arah tuju lantas dia terus mengikuti arah yang dituju oleh segenap pelajar.Jelaslah dia tidak dengar apa yang Fattah bisikkan tadi.Dia mengorak langkah longlai dalam kemamaian menurut arah tuju Fattah - DSB.


Hari ini hari ketiga dalam minggu ini,dan lazimnya hari ini bumi SMAPL akan diwarnai dengan pelbagai jenis pakaian beruniform.Hijau,putih,biru,pink,semuanya ada.Hampir semua pelajar dan guru-guru akan melaram segak/ayu untuk perhimpunan mingguan itu kecuali beberapa orang manusia yang unik dan istimewa.


"Ala,seluar aku lupa nak basuh la."

"adoy..Baju aku hilang la semalam."

"Hehe,Aku lupa nak iron la."


Itulah beberapa alasan yang terpacul dari mulut-mulut yang unik.Bagi Jinta malang,alasan dia untuk tidak berpakaian uniform lebih kreatif.Katanya,"Baju saya kotor lah.Semalam saya tengah iron baju sambil makan sosej.Malangnya,sos sosej tadi terkena pada baju saya".Alasan itu serta-merta ditolak oleh pengawas segak yang bertugas mencatit nama-nama pelajar yang tidak beruniform.


"BARIS!!Baris sedia!!!"lantang suara seorang komanden memberi arahan kepada seluruh manusia yang masih terpinga-pinga seraya disambut sorakan,"wooo..."



"BARIS!!pandang de(...) pan..~!!!" Laungan kedua lebih menarik.Diselit sedikit unsur kepancitan mewujudkan keadaan yang sedikit tidak terkawal.Kedengaran sayup-sayup hilai tawa susulan kejadian itu.
Biasanya,kejadian-kejadian malang seperti ini tidak dibendung,bukan Jinta sahaja,malah setiap orang tidak mungkin terlepas dari situasi itu,termasuklah cikgu-cikgu.Tetapi,jika cikgu yang melakukannya,sambutannya amat kurang kerana ada rasa hormat sedikit dalam sanubari.Bagus anak-anak SMAPLabu ini.


  
Bila tiba giliran pengetua berucap,hampir semua pelajar semakin kemurungan.Wajah-wajah terseksa tergambar pada raut muka mereka.Sedikit-sedikit terdengar kutukan pedas di belakang yang agaknya sudah bosan tahap ...... . (terpulang kepada pembaca nak letak apa)



bersambung...

No comments:

Post a Comment