Friday, March 18, 2011

Jinta Malang - Episod 13 : Narathiwat

"Narathiwat,narathiwat!"Jinta memanggil seorang budak Thailand yang sebaya dengannya.Sebenarnya,nama pelajar itu ialah thirawat,namun.Jinta malang terlupa nama sebenarThirawat melainkan perkataan thai yang seringkali didengarnya,'narathiwat'.Nama tempat agaknya.


Thirawat yang berbadan 'godang' menghampiri Jinta perlahan-lahan.Bengis rupanya,namun Jinta tidak gentar,kerana mereka sebaya.Jinta sengaja memanggil Thirawat kerana hendak minta tolong dia membukakan lockernnya yang sukar dibuka.Tersangkut mungkin.


"oOo..ii,..tu.. saja?"Thirawat memberi respon sambil keketatan mukanya beransur pulih.Bahasa Melayunya masih belum elok,jadi dia bercakap pun macam radio rosak.Sepatah,..sepatah.


Tanpa membuang masa,Thirawat mengarahkan Jinta ke tepi sedikit supaya senang kerjanya.Dia menanggalkan bajunya dan dicampaknya ketepi.Terserlah ketulenan maskulin Thirawat.Bukan tough,tetapi boroi.Sebelum dia menjalankan tugasnya,mulutnya terkumat-kamit membaca jampi serapah,tercegang Jinta melihat gelagatnya.Thirawat mula berpeluh walaupun dia belum lagi cuba membuka locker itu.


2-3 minit kemudian,dia mula mencuba untuk membuka locker Jinta Malang.

"HIYAA!!!!"

"PANG!!!!"

Jeritan Thirawat menggegar dorm mereka.Terkejut budak-budak lain.Sorang dua yang sedang tidur mengigau sekejap.Akhirnya locker itu terbuka juga.Jinta terlopong,mulutnya ternganga luas sambil air liur mula meleleh di sisi bibirnya.


"yeah!TQ narrathiwat!!"Jinta malang mengucap terima kasih kepada thirawat.

"Ti..dak..apa..apaa...Ka..lau ....ada...apa2...la..gi..pang...ggil..saja...sa ...ya...."Thirawat membalas selamba sambil membetulkan panggilan namanya,thirawat.Bukan narathiwat.

Sebagai tanda terima kasih Jinta kepada Thirawat,dia meminta pelajar thailand itu untuk tunggu sebentar.Sedang sibuk dia mencari-cari di dalam lockernya sesuatu,Thirawat mencari balik bajunya yang dicampak tadi.Dia terlupa di mana dia baling bajunya awal tadi.


"Tadaaa~!!"Jinta memberi jeritan suprise sambil menghulur sebungkus MAGGI kari kepada Thirawat.Thirawat semacam pelik dengan Jinta.Tapi dia masih menerima hadiah dari Jinta .Hakikatnya,dia juga sering lapar tika malam-malam sunyi menjelma.


                                                  ************************


malam yang muda terus menerus menjadi tua tanpa ada sebarang insiden yang menarik.


bersambung.....

No comments:

Post a Comment