Sesudah motor itu berlalu,semua pemain seakan-akan terpana,dilemma sama ada hendak meneruskan permainan,ataupun tidak."Wei,baru pukul 6.20 doe,..last gol,last goal!!"Aslam Evra menenangkan suasana padang dengan cadangannya itu.Semua kelihatan setuju dengan kata-katanya.Apa lagi,permainan pun diteruskan sambil Acipmok Casillas bersedia melakukan goal kick.
"BOOM!!"
Laju bola sepakan Casillas menuju ke kawasan yang penuh dengan pemain dari kedua-dua pasukan.Masing-masing berusaha untuk memenangi bola itu.Dua orang yang paling bersemangat ialah Bob Der Vaart dari Budak Bangku FC,dan Pidin Gerrard dari Zealous United.Dua-dua kelihatan comel kerana badan mereka yang agak....comel lah.ya,comel.Bob dengan menggelabahnya cuba meluru ke arah bola yang masih tinggi di udara,dia cuba untuk memintas Pidin Gerrard.
Belum sempat apa-apa,Pidin menggunakan skilnya untuk merampas bola itu bingkas matanya liar mencari rakan sepasukannya yang lain.Pandangannya tertumpu kepada seorang defender berjiwa pelangi,Aiman Terry yang nampaknya terkejut dengan tindakan Gerrard.Dia terus menyepak kuat bola itu kehadapan gawang lawan.
Penyerang Zealous United,Hazim berba,...tov bingkas menghidu peluang meluru ke arah bola untuk mencuri peluang keemasan yang terhidang.Laju bak kereta Subaru milik Hernandez.Hazim cuba bersaing dengan defended Farid Puyol yang berbadan gempal,godang.Malang,Farid lebih dahulu tiba lalu dia clear bola itu.jauh melayang,tapi ke tepi padang.Hazim yang juga berbadan besar,masih laju kerana efect inertia terhadap beratnya agak besar.
"GEDEbuk!!"terlentang Hazim selepas melanggar Farid yang gah bak Tembok Besar China.Sedap bunyi nya.
Bola sudah out.Ketika Apek Ozil hendak melakukan throw in,Aslam sengaja menggamatkan suasana.
"Wey,..cepat!!6.30 dah wey!!"Menggelabah apek jadinya.Lalu dia mencampak bola itu kepada rakan sepasukannya,Amir Messi.Messi tidak lama dengan bola,dia melakukan one-touch pass kepada Pdot Rafael.
Cantik kawalan bolanya,lalu dia mensasarkan bola hantaran jauh ke arah atuk hernandez di sebelah kanan padang.Laju lariannya menanti hantaran menarik rafael.Dia juga menggelabah tika mana bola itu tiba di kakinya.Dia cepat-cepat melarikan bola ke hadapan.Favourite skillnya.Dia akan meluru laju ke arah penjuru padang,kemudian dengan laju lagi,dia memotong ke dalam.Di situ,dia ada dua option sama ada hendak merembat gol bola,ataupun mebuat hantaran cross kepada rakan-rakannya.Tapi,seringkali Atuk terlajak sambil tertolak jauh bola.
Atuk Hernandez |
Namun,kali ini kesilapan tidak berlaku.Atuk sering teringat pesan Cikgu Sarilawati,"Pisang takkan berbuah dua kali".Jadi dia meluru laju,dan."POOM!"dia menyepak bola ke kawasan penalti untuk cross yang sangat berbahaya.
Dia kawasan gol itu,tiba-tiba motor merah Cikgu Sharif muncul.Megah lagak gayanya.Tapi kali ini,mukanya sangat menakutkan walaupun dia terkenal dengan karektar pelawak hambar.Semua pemain sudah gelisah giler.Terpaku semua di tempat masing-masing.
"Sini korang semua!"Cikgu Sharif menjerit kecil dengan suaranya yang menarik memanggil semua makhluk yang berada di padang.Dengan segera semua pemain bergegas ke arah dia.Kemudian,dia dengan serius meminta semua budak-budak tadi beratur kemas,satu barisan.
Tanpa melengah masa,Cikgu Sharif bersyarah pendek,
bersambung....
No comments:
Post a Comment