Tangannya ditegakkan sedikit atas dahi,lagak gaya seorang komanden mempamer rasa hormatnya terhadap pak guard yang sedang bertugas.Layan.Pak Guard membalas perbuatan Jinta bagi mengelakkan dia rasa hambar dengan diri sendiri.Untuk pengetahua semua pembaca,hari ini hari sabtu minggu outing budak lelaki.Jinta dan rakan-rakannya yang lain baru shaja pulang dari lokasi outing masing-masing.Yang paling popular 'Term' which stands for terminal One.Hakikatnya itu hanyalah istilah yang dulgunakan pelajar perempuan SMAP.
Setelah hampir sebulan Jinta menjalankan pemerhatian di asrama.Dia telah berjaya merumuskan sesuatu yang sangat menakjubkan.Sesuatu yang mampu mencanakkan nafsu makannnya di kala malam menjelma.Pertama,bila budak-budak balik prep malam,baru balik dari musolla baca surah Al Mulk,makanan pertama yang sentiasa menjadi keutamaan ialah.....wait for it...... Sosejj Giant yang direbus menggunakan Air panas water cooler.Bagi budak-budak yagn terlepas makan malam,selera mereka pasti terbuka luas untuk mengisi 6-8 batang sosej dalam perut mereka.
Rumusan kedua,dengan mengambil kira aspek harga dan tahap ketersampaian untuk memilikinya,makanan kedua yang yang pasti meruntun jiwa yang sedang lapar ialah tidak lain tidak bukan.Maggi berpelbagai perisa.
Buktinya,konsep menyediakan maggi di SMAP sangat istimewa.Apa maksudnya tu?
Bila ada budak makan maggi,80% dari mereka sebenarnya tidak pernah ataupun sangat jarang makan maggi.Namun,setelah mengaplikasi beberapa taktik,maggi junior pasti jatuh ke tangan mereka.Menarik
Satu lagi,dan lebih menterujakan.Mereka lebih gemar makan dalam gelap,dan lebih terpelosok di celah-celah katil.Sebabnya anda pun tahu kenapa.Haha..
Ketiga,tidak ramai yang mencarinya namun jika sekali dibancuh,pasti menarik ramai budak untuk merasa.Lebih terkenal pada zaman Paan Gajah(senior yang suka buat benda baru).Sup Campbell 3 in 1.Hanya bancuh dengan air panas,ia mampu mengeluarkan aroma sup cendawan yang pasti memukau selera makan.Apatah lagi jika cebisan-cebisan roti yang dicubit kecil dicicah kedalam tekstur cecair sup yang pekat.ARGH!Guess what,Jinta salah seorang yang tidak terdaya menahan nafsunya.
Dengan beg plastik Giant berisikan keperluan-keperluan asrama + sup campbell,Dia mengatur langkah menuju ke dormnya.Terhuyung-hayang dia membawa plastik-plastik itu kerana badannya yang agak kecil.Peluh menetes pada sisi pipinya tanda kepenatannya.Sejurus tiba di dormnya,dia bingkas mengemas barang-barang yang baru dibelinya.
Satu demi satu barangnya dimasukkan ke dalam locker.Tiba-tiba,dia tergapai suatu objek dari plastiknya.Tangannya meraba-raba sekeliling kotak kecil itu.Dia memejam matanya untuk bermain teka teki degnan dirinya sendiri.Dia membawa kotak itu ke arah elemen membaunya.Jinta menghidu dalam-dalam bau yang keluar dari kotak itu.Harum.Dia terus mencium kotak itu,dan membelai-belainya sambil mebawanya ke dalam dakapannya.Dia memeluk kotak itu sambil dia terus terbaring diatas katil,matanya masih terpejam.Jinta seakan-akan sedang memeluk kucing kesayangannya.
"Wei,Jinta.Kau buat apa tu?"Fattah yang sudah lama memerhati Jinta bertanya.Kelam kabut Jinta dalam kepasrahan.Fattah pelik melihat gelagat rakan sedormnya itu.
"Pelik betul Jinta ni.pape lah."Fattah mengulas dalam hatinya.malas dia nak ambil tahu.
bersambung.....
No comments:
Post a Comment