"Assalamualaikum bang."sekali dengar macam kumbang,tapi itulah budaya murni yang menjadi kebiasaan Jinta dalam meniti hari-hari indahnya di bumi hijau smapl.Ucapan salam dilemparkan kepada senior-senior yang ditemuinya.Sejuk hati abang-abang itu.
Jinta sampai di hadapan DM dan terus sahaja dia bergerak ke arah sinki untuk membersihkan tangannya.Takut-takut kesan tahi hidung yang diterokai ketika subjek BM tadi ditelan sekali,dia mensucikan tangannya sesuci-sucinya.Gelinya.
Selangkah sahaja masuk ke dalam DM,lirik matanya terpesona melihat barisan panjang pelajar-pelajar lain.Masing-masing menunggu giliran untuk mengambil kuih cara berlauk,dan karipap berinti sardin yang lazat berkrim.MasyaAllah,sedapnya.
cara berlauk |
karipap |
"tumpang lalu,tumpang lalu,VIP nak lalu"Tiba-tiba melintas beberapa senior F5 memotong barisan Jinta dan rakan-rakannya yang lain.Kebiasaannya,abang-abang ini memang gemar menggunakan ke'abang'an mereka untuk segera mendapat makanan mereka.Bagi Jinta,mereka tidak sepatutnya berbuat demikian.Keadilan mesti ditegakkan,mengapa harus mereka memotong?Tapi itu semua hanya bermain dalam fikirannya.Mana mungkin dia meluahkan isi hatinya itu,kan?
Malang Jinta tidak terhenti di situ.Selepas selesai beratur 5 minit menunggu giliran mengambil kuihnya,dia bergerak menuju satu tong besar berisi air kopi lebih gula.panas.Di situ,situasi tadi berulang.Senior-senior memotong giliran adik-adik sekali lagi.Sabar je la.
Sampai sahaja giliran Jinta mengambil air,Dia lantas menggerakkan tangan kanannya yang memegang segelas cawan kosong untuk mengisi air.Dia begitu pantas kerana takut ada insan lain memotong gilirannya.Akibat ketidaksabaran Jinta,dia terlajak meletakkan tangannya di mulut tong itu mengeluarkan kopi panas.Apa lagi,mencurah air kopi hitam pada tangannya.
"Argh!!"spontan Jinta menjerit kecil akibat panas kopi yang mengenai tangannya.Tak cukup malang,tangan kirinya yang memegang pinggan kecil berisi dua biji kuih sedap terpelanting jatuh.
Bila pinggan kecil itu jatuh,bunyinya yang kuat tidak mampu dibendung."prang!!".Terdiam sebentar keseluruhan manusia yang berada dalam DM.Bunyi itu disambut kuat sorakan senior-senior yang suka menggamatkan suasana DM."WOOO!!!!"serentak sorakan itu bergema.Malu Jinta dibuatnya.Aduhai malangnya Si Jinta.Tangan luka terkena air panas,kuih lazat lesap dalam sorakan DM,Jinta teruskan hidupnya,berjalan meninggalkan DM.
Baru selangkah keluar DM,ada abang Keping menunggu di penghadang jalan depan DM."Jinta adikku~ Marilah sini sekejap~"Dengan muka menunduk ke bumi,dia bergerak perlahan ke arah Abang Keping.
"adikku~!!dah makan ke belum~?"sopan Keping bertanya kepada Jinta.Jinta yang tidak mahu mendedahkan ke'malang'annya,membalas bahawa dia sudah kenyang makan tadi."Ouh,baguslah macam tu.Mesti bertenaga kan sekarang.Haha,apa kata kau tolong aku ambil kuih lagi.Aku lapar ni" Keping meluahkan hasratnya memanggil Jinta Malang.Tiada apa yang mampu Jinta buat selain menurut sahaja kehendak seniornya itu.
Itulah hari malang Jinta,malang berganda.Namun,dia masih gembira di sekolahnya.menempuh hari-harinya yang mendatang dengan tabah.Walau badai memukul sekalipun.Dia menghadapinya dengan kuat.Wah,hebat Jinta ni.haha..
bersambung
No comments:
Post a Comment