Thursday, February 10, 2011

Jinta Malang - Episod 9 (Musolla tercinta)

 
Musolla Al Mustaqim SMAPL


Tiba sahaja di musolla al mustaqim,semua pelajar-pelajar comel form1 segera berkumpul di depan minbar.Seperti biasanya,Rezzi beraksi lagak seorang komander mengarahkan anak-anak buahnya duduk dalam barisan dengan sopan,berbudi bahasa.Dua orang budak masih terkedek-gedek menyusun selipar untuk masuk.Jinta dan Kurus berlumba 10 m menuju ke arah gerombolan manusia di hadapan minbar.


            Kemudian,Abang Farhan bergerak perlahan menuju ke arah minbar tak ubah seperti lagak seorang khatib di tengahari jumaat.Dia mencapai tongkat lalu memulakan pidatonya.


"Okay adik-adik.Macam biasa,Hari ini korang akan membersih dan mengemaskan musolla tercinta ini." Indah sopan bahasanya.terpaku 122 orang budak-budak form1 yang sedang duduk bersila itu.


Tanpa membuang masa,Abang Farhan membahagi mereka semua kepada 6 kumpulan.Setiap kumpulan akan membersihkan bahagian-bahagian musolla seperti yang telah ditetapkan oleh Abang Farhan.Kali ini,Jinta dan kurus mendapat tugasan yang menarik.Sememangnya setiap individu kecil akan mengimpikan untuk bertugas di bahagian ini.2 kolah tempat muslim mengambil wudhu' akan menjadi mangsa mereka.


Ahli kumpulan mereka terdiri dari 12 orang,6 orang untuk kolah sebelah kiri,6 orang untuk kolah sebelah kanan.Jinta dan Kurus bersama Galang,Capik,Kodok,dan Nuek tanpa melengahkan masa,terus memulakan tugas.Mereka mengambil ingrideants-ingrideants yang diperlukan untuk melaksanakan misi getir mereka.
Tidak sampai 5 minit,baldi,sabun basuh,berus,dan swimming suit siap dihidangkan.


Kodok memulakan aksi nakalnya berdiri megah pada bahagian dinding kolah.Dagunya sedikit tinggi menampakkan betapa gahnya dia untuk memulakan aksi.Dia bersiap sedia dengan kedua-dua tangannya didepakan,kakinya sedikit direndahkan,bersedia untuk melompat.


"Fiu!!"Kodok melompat ke dalam kolah itu.


Dia membuat aksi 360 darjah sommersault menyaksikan setiap mata di musolla itu terpana meilhat dia.Tepukan gemuruh menyambut bunyi percikan air yang runtun diterjah badan kodok.Jinta kini bersedia di platform untuk beraksi pula.Dia sedikit gementar kerana dia tidak pernah mandi di swimming pool ataupun yang serupa dengannya.Apa-apa pun,dia berani mencuba.Dia segera melompat.


"Splash!!Aduh!!"Bunyi percikan air disambut dengan jeritan kecil Jinta tidak lama kemudian.

Dia melompat ikut gaya dia sendiri.Sejurus dia melompat,kedua kakinya diletakkan lurus kehadapan.Kedua-dua tangannya tegak mencanak langit.Pelik sungguh gayanya.Kurus tergelak terbahak-bahak melihat gelagat Jinta seraya diikuti hilai tawa 6 ahli kumpulan itu.Mana tidaknya,hidup 13 tahun,tak pernah lagi dia melihat gaya terjun seperti itu.


Selepas setiap seorang dari mereka menunjukkan aksi masing-masing.Mereka kian serius menjalankan tugas mereka memberus setiap bahagian kolah itu.Sambil-sambil itu,mereka bergurau-gurau senda.Ada yang berenang kuak lentang,kuak kupu-kupu,main tembak-tembak air dan macam-macam lagi.Seronok betul mereka hari itu.


Bersambung...


go to episod 10

No comments:

Post a Comment