Pagi yang gelap,kini sudah terang.Bait-bait lagu 'hujan' sangat sesuai untuk mengekspres panorama indah di bumi SMAPL pagi itu.Seperti biasa,pada hari minggu (ahad) macam ni,Pelajar-pelajar di asrama akan memerah keringat untuk menghadapi 'inspection'.Masing-masing bertungkus-lumus membersih dan menceria keadaan Dorm mereka.
"Baris!!!Baris sedia!!"bergema suara kapten-kapten dorm form1 bergilir-gilir.
Lantas setiap ahli dorm memainkan peranan mereka,menghentak kuat kaki.Mahu runtuh koridor tu.Di satu sudut,kelihatan kanak-kanak malang,berbaju batch kolar oren yang sedikit lusuh.bibirnya tak lekang dari senyuman menguatkan lagi karakternya sebagai seorang junior yang cute-miut.Sejak 2~3 saat,dia asyik tersenyum.Kali ini lebih kronik,dia mengetap bibirnya menahan rasa lucu di dada.
Rakan sebelahnya,Kurus tak senang diri melihat Jinta.Mahu sahaja dicepuk kepala rakan sedormnya itu.
"woi!!kau apahal?" Kurus yang berbadan gempal itu meninggikan suaranya pada Jinta.Mana tak nya.Terganggu konsentrasinya yang sedang berkawat di hadapan dorm.Mukanya sedikit bengang sambil Jinta terus-menerus menahan rasa geli hatinya.
Dengan tidak semena-mena,Jinta memuncungkan mulutnya ke arah hadapannya.Muncungannya tepat menuju ke arah Abang Dolah,KP yang sedang mengecek dorm.Kurus masih blank.Dia tidak dapat menangkap apa yang cuba Jinta luahkan.Jinta sekali lagi memuncungkan mulutnya ke arah Abg Dolah.Kali ini,muncungannya sedikit ke bawah.
Mata Kurus bergerak ke arah yang dituju oleh Jinta.Dia terkejut.Badannya sedikit terlompat sambil senyuman menahan gelak mula terukir dibibirnya.
Ada longkang tersedut!wakaka! xD .Spontan Kurus tertawa kecil,mencuri perhatian semua makkhluk yang sedang berbaris di hadapn dorm.Justeru,semua serentak melihat ke arah Kurus dan Jinta.Bahan gelak mereka,Abang Dolah,namun dia tidak mengendahkannya.Baginya,mana mungkin sedikit gangguan itu mampu melarikan tumpuannya terhadap tanggungjawabnya."Aku nak jadi tokoh pelajar!!Aku mesti kuat!!jangan kisah diorang tu!!"teriak Abang Dolah sambil tangannya terusan mencatit markah dorm Abu Daud,dorm Jinta malang.
"Fuh~!!"Jinta dan Kurus menarik nafas lega seketika.Mereka mula bergaduh-gaduh comel menuding jari ke arah satu sama lain.cubit-cubitan kerengga berlaku antara mereka.Adoix99
Selepas inspection.Kanak-kanak F1 berduyun-duyun bergerak ke musolla untuk meneruskan tugasan junior mereka.Sedangkan abang-abang mereka seronok bermain bola,main kejar-kejar,dan macam-macam lagi lah.
bersambung.....
No comments:
Post a Comment