Tanpa membuang masa,Dia melepaskan rembatan deras ke arah penyerang berbisa(2) Pa Crouch yang agak tinggi lampai + kurus.Dia memerhati bola melambung itu tiba ke arah kakinya.Sedangkan di hujung padang,Walcott sudah menyempurnakan misinya menackle CR.Kelihatan terseksa dia keseorangan di situ.
"BOOM!!"Pa merembat voli bola yang belum sempat jatuh ke tanah itu.Bergaya,Cantik.Tapi malangnya bola Adidas Total90 itu terbang sedikit gila dan lebih teruk.Ia menuju ke arah kawasan lecak yang digilai ramai.Baunya bak bunga raflesia di loji.Warnanya coklat ibarat Cadbury Almond yang orang buat bagi hadiah kepada yang tersayang.Hu.Menyeramkan.
Bola Zealous Ke 43 |
Berubah terus muka Pa memikirkan strateginya untuk menggapai semula bola itu.Sambil itu,Jauh di sebalik bukit kecil tempat masuk 'Stadium Padang Hoki' .Terdengar suara nyaring bersorak.
"Woi!!Ana datang,..ana datang!!"Suara kurang matang terbit menimbulkan rasa ingin tahu dalam hati pemain-pemain yang sudah menoleh ke arah itu.
Tidak semena-mena,muncul seorang pemain baru berjersi pink berseluar pink.agak geli melihatnya.Itu lah dia,
Yaya Sol Toure!!
Sol Toure - Smart Gambar dia~hu |
Di atas padang,masing-masing mula berebut untuk mendapatkan khidmat pemain itu."Sol.masuk team aku.Diorang dah power."Tu baru satu.Macam-macam lagi yang keluar dan akhirnya Yaya memilih untuk bermain untuk pasukan Budak Bangku.Sedangkan Pa akhirnya selesai mengambil bola,tangannya sedikit coklat.uwek!
Game diteruskan dengan penjaga gol berbadan cute,Acip Casillas membuat sepakan goal.Semangat betul dia kali ini,sepakannya padu mencari pemain budak bangku di bahagian midfielder.Selesai menyepak,Dia terjatuh.Kakinya sedikit naik paras kepala dan punggungnya yang pertama jatuh ke tanah.Gedebuk!Sakit.Pemain-pemain lain sedikit terganggu dengan gelagat acip.Nacap Vidic paling kuat gelak. XD
Sedang pemain lain hilang konsentrasi,seorang pemain cuba mencuri perhatian.Dialah Ifwat Lampard.Kuat menggelecek orangnya.kakinya laju berpusing pada bola,mengelirukan pemain lawan yang cuba menghalang.
1,2,3.Tiga kali dia buat skil yang sama.Tapi sangat efektif.Pemain-pemain lembam pasukan lawan mudah ditewaskan.Kini,dia berdepan Apek Ozil!
Buat info semua pembaca,Apek sangat tajam pandangannya.Setiap pergerakan Lampard sebentar tadi berjaya dibaca sehingga dia tidak mampu mengulangi skilnya tadi.Akhirnya,dia bertindak untuk mencari pemain sayap kiri.Sai Kunanlan.Dari tadi dia bising minta bola,namun tak seorang pun yang memberi respon.Bukan apa,susah sedikit mahu memahaminya.Ifwat membuat hantaran cantik ke arah sai,Ozil terus berlari ke arah sai.Agak kelakar lagaknya kali ini,sambil mengelak batu-batu kecil yang menghalang lariannya.Dia kini berada di hadapan Sai pula.
bersambung...
HAHA..great!sonok bc..klaka ;p
ReplyDeletetq2...haha...experience make it better...
ReplyDelete