Monday, January 31, 2011

Jinta Malang - Episod 7 (Seramnya)

Atmosfera Khindi kian menyeramkan.Warna cat dinding berwarna merah seakan-akan menguatkan lagi gambaran bahawa ini dorm "neraka".tepat jam 12 00 tgh malam,berduyun-duyun manusia tiba di dorm ini.Manusia kecil molek yang terdiri dari pelajar-pelajar F1.Pelbagai reaksi boleh anda lihat pada muka-muka mereka dek merasai kehangatan perjumpaan yang bakal berlangsung tidak lama lagi.berpeluh,menggeletar,tutup mata,berzikir.macam-macam ada.


              "Masuk tu senyap la sikit!!!bukannya masuk guna mulut pun!!"seorang kuncu Abang H yang juga menginap di bilik khindi berteriak kemarahan.Maklumlah,exco disiplin SMAPL waktu itu.


Sayup-sayup suara kecil manusia sebentar tadi kini tiada lagi selepas kena sound dengan bro nash.Pada masa yang sama,ketua batch F1,Rezzi dipanggil oleh abang nash dan diarah mencantikkan susun atur budak-budaknya.Lantas dia bertindak tak ubah macam comander mengarahkan anak-anak buahnya mematuhi arahannya.


Selepas selesai pengurusan gemilang tadi,muncullah watak utama perjumpaan grand malam itu,ABANG H!!
lagak gaya seorang pengawal penjara dengan dagunya didongak ke langit sedikit,menampakkan kehebatannya.Kagum kanak-kanak yang berada di dalam bilik Khindi.Lantas kemudian Abang H menuju ke bahagian katilnya,iaitu tempat dia berucap.


"Assalamualaikum"Lembut permulaan kata-katanya seraya disambut mantap oleh junior-junior Form 1.rata-ratanya suara nyaring kerana belum matang.Sakit telinga kalau turut berada dalam dorm tersebut.


"Abang minggu ni taknak buang masa lagi.Abang memang tak puas hati betul dengan prestasi budak-budak f1 minggu ni.Apa Abang-abang senior tak pernah ajar ke??!?'" suaranya kian memunjak.tapi belum klimaks lagi.


              Abang H bingkas mengeluarkan notebook berwarna pinknya.Satu persatu dibeleknya mencari catitan kesalahan yang melibatkan budak-budak F1.Suasana di Dorm khindi tak ubah seperti berada di rumah mayat.senyap sunyi.


            "Jinta!!!!" sini engkau!!"tersentak Jinta pabila terdengar namanya dipanggil lantas dia segera berdiri menuju ke arah Abang H . Jari-jari kecilnya dilihat menggeletar sedikit menggambarkan betapa seramnya keadaannya ketika itu.Selangkah demi selangkah dia bergerak perlahan ke arah 'malang'nya."kau tahu tak apa kau buat,ha!!??"gertak Abang H sambil tangannya mula mencekup kolar Jinta,kali ini tidak basah seperti bro keping alami.


Jinta dungu sedungu-dungunya.Dia seakan-akan berpura-pura tidak tahu kesalahannya sambil peluh masinnya mulai mengalir di bahgian atas pipinya."Kau jangan cari pasal ngan aku,Aku bagi brock lesnar aku kang!!" Abang H tidak puas hati dengan perihal Jinta yang cuba melarikan diri dari kesalahannya.
Soalan demi soalan ditujah ke arah Jinta mencabar kredibilitinya sebagai seorang junior soleh.Suaranya kian acuh tak acuh cuba menjawab persoalan.Gentar dan gelabah ,akhirnya dia tersangkut dengan muslihat kata-kata Abang H.


Abang H meneruskan tugasnya mencari kesalahan junior seterusnya sambil kembali membelek notebook pinknya.Jinta kini sudah diserahkan kepada pakar hukuman Khindi,Nash.Dimulakan dengan tamparan berpeluh,melekat beberapa saat pada pipi kanan Jinta.Disusuli dengan pusingan helikopter dengan jari diletak di lantai sambil badan berpusing sebanyak 100 pusingan mendatangkan kepeningan tahap dewa kepada Jinta.
Kesian.Rakan-rakan yang dapat melihat hukuman itu,tertawa kecil kerana kelakar betul gelagat Jinta.


Kini jarum sudah meniti pada jam 2 pagi.Sebelum tamat,Abang H membuka peluang kepada pelaku-pelaku salah minggu itu untuk bersuara .Sunyi 4-5 saat seketika ,sedikit hambar namun tiba-tiba bangun seorang malang,Alan.seorang budak yang sedikit blank + malang ketika itu selain Jinta,seraya mula berkata...


"Siapa tak puas hati ngan Ana bangun???"

...........................................................................
...........................................................................

Tiada kata-kata dapat menerangkan kehambarannya ketika itu.Disusulu hilai tawa yang  kembali menceriakan suasana dorm Khindi,Abang H turut menggelakkan Alan itu.Seluruh dorm mentertawakan Alan.Muka Alan tidak berubah,masih blank sambil mata hitamnya mmerhati sekeliling dorm yang me'rai'kannya.


                                                    *************************



bersambung....

No comments:

Post a Comment