Jinta dengan tidak semena-mena terbau sesuatu yang sangat lazat. Sangat lazat tak terkata. Jinta mencari cari dari mana datangnya arah bau itu. Dengan teliti dia membaunya, seteliti deria bau warden mencari pelajar yang menghisap rokok di bilik basuh.Selepas dapat dikesan,
Sah,datang dari arah watercooler yang terletak di sebelah bilik mesin basuh. Tidak syak lagi,itulah bau lazat Hot dog special yang direbus menggunakan air panas water cooler yang hangat lagi mendidih. Air panas watercooler melembikkan segala jenis HotDog terutamanya hotdog yang sangat popular iaitu Hotdog Giant 5 ringgit setengah. Tatkala hotdog tersebut dicecahkan dengan sos Giant yang enaklagi meruntun jiwa, menghasilkan satu bau yang sangat unik yang mampu melenturkan keimanan seseorang di malam hari. Ia seakan memanggil2 orang untuk membeli dan melahap sehingga 5-6 batang hotdog sekaligus. Setahu Jinta rekod smap, satu malam sehingga 200 batang hotdog dapat dijual dengn larisnya.Sungguh lahap tak terkata..
Begitu jugalah terjadinya kepada Jinta. Melihat rakan-rakanya dan orang lain sibuk membeli Hotdog special tersebut di perkarangan asrama yang dijual oleh brother yang tidak asing lagi dalm dunia hotdog ni, ya, Brother K. Melihat kepala hot dog dicecah dengan sos Giant yang merah likat,terusik hati Jinta untuk membeli sebatang dua. Lantas, dia meninggalkan baju2 tersebut di dalam bilik setereka yang dihuni rakan2 nya yang sedang berusaha gigih berjihad didalamnya membantu abang2 kesanyangan mereka menggosok baju2 sekolah. Jinta telah melupakan Abang Keping dek terpana dengan penangan Hotdog rebus...
Tanpa berlengah walau sesaat pun, beliau tangkas menuruni anak tangga sepantas larian olahragawan sekolah 3 kali berturut-turut. 'Bang K, hotdog di satu berapa,Jinta mahu satu'. kata Jinta tidak sabar.' Sekarang dah naik harga,70 sen sebatang,maklum lah penat outing tadi pergi Giant.Hehe, ketawa abang K. Tanpa memikirkan harga,walaupun Jinta sedar dia telah dikencing oleh Abang K yang tamak, Jinta terus mengambil sebatang Hot dog sambil dicecahkan nya ke sos yang telah disediakan dia ats penutup tin biskut.
Sungguh benar kata2 orang lain, 'Try sekali, mesti nak 4 batang lag'. Agak tak senonoh bunyinya. Namun begitulah realiti sebenar kehebatan Hotdog giant yang direbus asli air water cooler. Jinta tidak boleh brehenti memakannya, sehingga dia ternampak Abang Keping datang ke arahnya.Jatuh Hotdog Jinta yang ke 6 itu. Apa yang harus dilakukan?.....
bersambung........
4.00(dot selasih)
go to episod 5
No comments:
Post a Comment