Sunday, January 30, 2011

Jinta Malang - Episod 3 (Hukuman Durjana)

                  Larian deras Jinta sebentar tadi kini tidak lagi sederas air Sungai Temiang.Langkahnya makin longlai sambil peluh kanak-kanaknya lencun membasahi baju melayu kedut yang dipakainya.Mukanya kian hilang arah dek memikirkan nasibnya di depan Abang Keping kerana dia sudah terlewat untuk menyelesaikan misinya menghantar barang bro keping.


"Kau tahu tak kau dah lewat 15 minit??!?Aku dah siap potong kuku dah!!Aphal kau lambat??!"



                 Itu kata-kata pertama yang menembus gegendang telinga Jinta apabila dia tiba di dorm Bukhari.Belum sempat dia berkata apa-apa untuk menerangkan perihal kelewatannya,Abang Keping pantas mencekup kolar baju melayu Jinta yang berpeluh itu.Muka abang keping menggambarkan betapa bodohnya dia berbuat demikian. "adoyai,aphal ak pegang dia ni,busuk basah.GELI!!" teriak bro dalam hatinya.


                 Abang Keping tak kisah.Dia kini menjadi raksasa Bukhari sebenar.Dia begitu marah dengan Jinta dan tentunya dia akan menghukum Si malang itu.Dia melepaskan Jinta seketika sehinggalah malam yang masih muda kini sudah berusia 12.00 tengah malam.kerana Jinta ada date dengan Abang Keping di Bukhari pada waktu itu .Kejamnya abang keping membiarkan Jinta menderita menunggu hukumannya.kasihan,kasihan.


                                             ***************************


12.00 a.m.

              Jinta tiba di Bukhari dengan baju t-shirt kuning lusuh dengan seluar baju melayu.memperlihatkan karakternya sebagai seorang budak Form1 yang sangat comel.Dia memberi salam dan sebaik sahaja dia melangkah masuk dorm maut tersebut,dia lantas menyedari terdapat banyak baju-baju sekolah kedut bergantungan di anjung katil tetapi tidak sekedut baju melayu dia tadi.namun, tiada seorang pun manusia yang wujud dalam bilik itu ketika itu.


             Dia seakan-akan terpaku di situ sambil menuggu bro keping yang mahu berjumpa nya.Lantas,tumpuannya terpana pada satu note yang terlekat pada loker abang keping.dia bingkas menggapai note itu dan membacanya ...

nota hukuman dari keping


"Jinta busuk . Malam ni kau ada task yang sangat mencabar. Kau nampak tak baju-baju sekolah yang banyak dalam dorm aku tu?Jadi, kau ambil semua baju tu,kau pergi angkut pergi bilik iron.Pastu,ko pandai-pandailah apa nak buat kalau ada dalam bilik tu.Tugasan bermula sekarang !! Dari bro keping macho "

          
             Sangat sesuai dengan tajuk.Jinta yang berseluar baju melayu tadi terus mengangkut baju-baju itu ke bilik iron bak pekerja dobi yang datang setiap hari rabu dan sabtu.belum sampai di bilik iron , tiba-tiba....


    
bersambung.....


go to episod 4
          

No comments:

Post a Comment