Abang Keping terus rapat menghampiri Jinta . Berdegup kencang jantung Jinta bak kepantasan Hisyam Zafri di trek 100 meter . Sungguh deras melawan masa . Keping memegang erat bahu Jinta seraya berkata,
"Jinta,kau pergi KOOP jap,belikan aku test pad,esok aku nk exam,err,..dgan pemadam fabercastle 80 sen" .
Habis sahaja kata2 yang keluar menongkah dari mulut Keping,terdengar sayup-sayup dari arah katil sebelah kiri yang turut memesan soya selasih 2 tin.Soya selasih sangat popular dan enak untuk membasah tekak,lagi-lagi minum bersama rakan-rakan di atas tebing depan KOOP mengusha awek-awek yang lalu.
tempat lepak minum soya selasih usha awek
''Eh,ko pergilah cepat Jinta,apa yang ko tunggu lagi? Kejap lagi tutup lah KOOP tu.Koopian mana yang nak bukak KOOP lama2.Mereka bukannya serajin kau,Jinta.Ayuh Jinta,bersegeralah kau!''arah Keping,yang disangka garang bak guru pendidikan seninya oleh Jinta malang sebentar tadi. Jinta pun lekas menuruni anak-anak tangga dengan pantas bak kiraan jam randik yang mengukur kelajuan pelari pecut.
Setibanya Jinta di anak tangga yang terakhir,seseorang memekik kepadanya,Hey Jinta,hutang sandwich kau bila mahu kau lunas kan,pekik tauke sandwinch asrama putra.Aduh,Jinka mengomel dalam hatinya.Malang sunnguh nasib Jinta,sangat kena dengan tajuk.Beliau terpaksa berlari pecut ke dorm nya yang teletak nun jauh di blok C.Jinka mengejar masa.
Setelah dipenuhi permitaan Abang Roy,sepantas kilat Jinta bergegas ke KOOP . Sangat takut dirinya,kalau Koopian telah menutup KOOP lantas pulang ke dorm masing-masing untuk tidur.Biasalah,pekerjaan Koopian sangat meletihkan.Lagi-lagi , apabila memegang jawatan pengerusi Koopian yang terhormat.Jinta memahaminya.Alhamdullilah!masih dibuka.Gembira hati Jinta tak terkata.Setibanya Jinta di hadapan Koop yang tersergam indah dihadapan Dewan makan.
Jinta melihat sungguh ramai umat manusia membeli belah disana.Rata-rata nya ingin membeli aiskrim lolli tiger 30 sen yang sangat diminati kerana harganya yang terlalu berpatutan.Jinta melihat ramai seniornya yang berwajah kacak di hadapan Koop tanpa membeli apa-apa.''Ini bahaya!'',serkah hati Jinta.Sungguh cerah peluangnya untuk di PAW sekali lagi.Jinta tidak sanggup.lagi-lagi,minggu ni ibu bapa Jinta tidak hadir untuk melawatnya.Jinta perlu berjimat.Oleh itu,Jinta mengambil keputusan untuk duduk sebentar di ats kerusi di belakang KOOP untuk menunngu senior-seniornya nya pulang menninggalkan KOOP.
Jinta duduk sambil bertemankan zikrullah di mulutnya.Itulah hobinya.Beliau telah didik oleh senior-seniornya yang berbudi pekerti mulia agar sentiasa bertemankan zikrullah.Sunnguh baiknya Jinta tak terkata.Tapi sangat bersesuaian dengan tajuk,Jinka selagi lagi ditimpa malang.Beliau tetidur tatkala menunggu.Beliau dikejutkan
oleh Abang Ken yang merupakan merangkap pengerusi KOOP yang berwibawa.'Kenapalah yang engkau tidur di sini wahai Jinta malang',kata Abang Ken dengan sedikit pancit dihujung ayatnya.Biasalah banyak melayan pelanngan,penat agaknya.
Jinta dengan segeranya memohon belas kasihan pengerusi KOOP,ya abang Ken untuk membenarkanya membeli test pad dan soya selasih yang dipesan Abang Keping.Jelas tepancar dimuka Abang Ken yang beliau ragu-ragu untuk menunaikan permintaan Jinta yang menggunung itu.Tetapi,Abang Ken seorang yang bertimbang rasa dan sedikit kacak diwajahnya.Beliau dengan berat hatinya membantu Jinta.Jinta berjaya membeli barang-barang yang dipesan.Beliau beterima kasih kepada Abang Ken dengan senyuman yang manis tetapi teselit air liur basi dibibir menunjukkan tanda terima kasihnya. Beliau beredar sambil berjalan keriangan seperti budak2 comel dengan baju melayu yang tidak bergosok.Comel nya si Jinta malang.Tiba-tiba,beliau sedar yang sekarang sudah lewat untuknya menyerahkan pesanan Abang Keping.
"Waaa.!!!"jerit Jinta kecomelan.Beliau berlari kencang seperti raja pecut Smap Labu yang hamstring di kaki mengejar masa yang pantas berlalu meninggalkannya.
Dalam hatinya..mesti aku dimarahi Abang Keping and the gang.Malangnya hidupku!.. smbil meneruskan larian deras nya tanpa memikirkan segala yang harus dilakukan seorang junior yang normal di malam hari..
bersambung..........
11.50(dot selasih)
go to episod 3
No comments:
Post a Comment