"Woi,Jinta busuk!!amboi bukan main lagi engkau mencekik hotdog kat sini.Tugasan kau tu dah siap ke belum?!?"tengking keping kerek.
Jinta terkejut.Baru dia teringat baju-baju yang ditinggalkan di bilik iron setengah jam yang lepas.Dia kian acuh tak acuh sambil mulutnya terkumat-kamit cuba memperkatakan sesuatu dengan bahasa peliknya . Bahasa yang pelajar thailand pun takkan faham.Spontan dia menjawab soalan tadi, "belum lagi bang,maaf ya.Tapi saya janji saya akan siapkan malam ni." Dia tahu dia sedang menempa malang sekali lagi kerana perihalnya yang mencuri tulang ketika 'bertugas'. Tapi,kali ini bro keping tidak kisah."Janji kau siapkan malam ni.Aku nak pakai baju tu besok.Paham!?"
Tanpa membuang masa,Jinta segera meninggalkan gerai hotdog Abang K dan menuju ke bilik iron.Kali ini,dia nampak relaks.Kedua-dua tangannya diayun santai sambil senyuman comelnya dilempar kepada sesiapa sahaja yang dilihatnya.Dengan muka selamba dia mengetuk kuat pintu bilik iron.terkejut manusia-manusia di dalam itu yang kebanyakannya junior-junior comel setaraf dengannya.
"Hoi,Jinta!terkejut aku kau tau?!?"teriak Buyung yang sedang mengiron seluar seniornya.Kelihatan sungguh marah dengan perilaku Jinta sebentar tadi namun Jinta segera meminta maaf sambil tersenyum kambing.Jinta membuka perbualan antara mereka berdua ."wei buyung.Anta dah siap homework mathematics yang cikgu Khalil bagi?" Sopan betul Jinta berbahasa ana anta yang sememangnya budaya budak-budak junior.Dia bertanya soalan yang dia sendiri belum selesaikan.Dungunya Jinta."haha kau dah siap?aku belum~hehe" ngomel Jinta sambil muncung mulutnya.
Akhirnya Jinta berjaya menyudahkan misinya kali ini tanpa sebarang kesulitan kecuali sembelitnya sepanjang dia mengiron baju.Namun,dia berjaya melakukannya."Aku bangga dengan diriku!" puji Jinta dirinya sambil menepuk dada dengan penumpuk kecilnya .
******************************
kelas Jinta dan rakan-rakannya |
Jinta sedang tekun menuntut ilmu dalam kelasnya sambil tersengguk-sengguk sekali sekala.Kadang-kadang mengalir air liur basinya di sisi dagunya .Maklumlah, tidurnya selepas masuk asrama ni tak pernah lebih 4 jam . Kasihan kasihan .
"Bangun semua!!terima kasih cikgu~!!"pimpin Mael Si ketua kelas seraya disambut gemilang oleh rakan-rakannya yang lain .
Buyung menyergah Jinta tidak lama kemudian,membalas perbuatan Jinta semalam . memang biasanya jarak masa lapang di antara pertukaran matapelajaran macam ni dipenuhi dengan usikan-usikan comel macam tu."Ha!kau dah siap kerja semalam belum?yang Cikgu Khalil bagi tu." tanya Buyung.
Belum sempat apa-apa,kelibat Cikgu Khalil muncul di pintu kelas . Dengan lagak gaya seorang artis , dia melangkah masuk ke kelas .Tie merah putih tergantung di lehernya . Dia menghempas buku-bukunya kuat ke atas meja.
"BOMM!!"
bersambung....
go to episod 6
No comments:
Post a Comment