Sunday, January 30, 2011

Jinta Malang - episod 1 (Epilog Malang)

Si bulan sedang menyinari Bumi ketika mana Jinta sedang berjalan pulang ke dormnya sambil tangannya diayun riang.Mulutnya sibuk mengunyah kuih karipap yang dibelinya dari kantin sekolah.Tika harinya dilihat semakin ceria,tiba-tiba...



"Woi katak!!kau datang sini cepat!!"seorang senior otai tanpa baju memekik namanya dari dorm Bukhari(Blok A).



Jinta yang masih terkejut segera menuju ke dorm tersebut.Dia mengambil langkah seribu bak si arnab dikejar si harimau.Berpeluh dia apabila tiba di dorm maut (kata budak-budak asrama) tersebut.Dia memegang lututnya spontan akibat kepenatan sedangkan senior yang mamanggilnya sebentar tadi betul-betul berada di hadapannya.Jintan bingkas bangun lalu menyeka peluh yang mengalir di dahi.



"Amboi,lambatnya kau naik.Bukannya aku suruh kau naik bumbung asrama tu pon." Perli senior yang lebih dikenali sebagai Keping itu.



Karipap yang dipegang Jinta sebentar tadi sudah lesap.Dia sendiri tidak sedar sebab dia sedang menghadapi raksasa Bukhari.Jinta cuba menjawab mengapa dia lambat dengan suara acuh tak acuh akibat mengah.Namun,segala alasan yang diberinya,satu pon tidak diendahkan senior bengis itu.
Jinta diserang mentalnya dengan soalan-soalan yang mencabar kredibilitinya sebagai seorang lelaki.
Akan tetapi,dia lampi dan masih tidak menyedari silapnya.Dungunya Jinta.



Rupa-rupanya,Jintan dipanggil kerana tak beradab makan sambil berjalan.
Raut wajahnya jelas ketakutan mengenangkan nasibnya sebentar lagi lebih-lebih lagi dia kini berada di dorm maut.



"ARGHHH!!!"jeritan batin Jinta memecah kesunyian malam.



bersambung...

go to episod 2

No comments:

Post a Comment