Monday, February 14, 2011

Zealous United 4

"Hahahaha.!!"


Hilai tawa player-player zealous united dan budak bangku FC masih kedengaran.Bola sepakan Ezo Hart menuju ke bahagian tengah padang.Kelihatan beberapa orang pemain dari kedua-dua pasukan sedang menuju ke arah bakal jatuh bola itu.Antaranya,Pidin Gerrard,Haziq Crouch dan Bob Der Vaart.Dari jauh lagi sudah mampu dijangka siapa yang akan memenangi bola itu.Dikelilingi dua player yang kurang tinggi.Haziq Crouch mudah menanduk bola yang melambung itu.


Sejurus bola itu ditanduk oleh Crouch,lantas ia menuju ke arah rakan sepasukan Zealous Unitednya.Amir Messi.Bola disambut baik oleh Messi dengan kaki kirinya.Matanya bingkas mencari rakan-rakannya yang lain.Namun,keadaan memaksa dia untuk terus mengawal bola - tiada seorang pemain pun yang free.


Justeru itu,dia terus menggelecek bola.Jelas dia memang seorang dribbler yang baik,seorang dua pemain yang cuba menghalangnya mudah dilepasi dengan beberapa helah pantasnya.Capik Higuain salah seorang daripadanya.


Tidah mahu lama dengan bola,Messi melihat seorang rakannya di ruangan yang agak lengang.Bingkas dia segera membuat hantaran leret kepada Atuk Hernandez di bahagian wing kanan.Cute.Dia meniliti dengan teliti bola hantaran itu lalu mula bergerak ke arah bola itu.


Selepas bercakap besar dengan Ezo Hart tentang keyakinannya menjaringkan gol.Chicharito kelihatan sungguh bersemangat permainannya kali ini.


"Korang tengok lah nanti,Aku bagi sebijik goal lawa~" Hernandez mengomel comel dalam hati.


Cantik.Dia membawa bola itu dengan laju sekali.Lagak gaya lariannya tiada siapa mampu tiru.Mungkin ada ekzos tersumbunyi.mungkin.Terkedek-kedek pemain lain cuba mengejarnya namun apakan daya.Larian deras Hernandez terusan mewarnai permainan dengan beberapa pemain sudah mula buat 'joke' tentang larian Atuk.Antaranya :- "Mak ai~!Lajunya subaru tu!!"
cukuplah tu.satu sahaja yang mampu dinyatakan.AHahha


Hernandez sudah lali dengan perlian seperti itu.Dia bersedia untuk memotong ke bahagian kotak penalti.Namun,pemain defend kiri lawan,Aslam Cole sedia menanti.Dia seorang pemain defend yang suka clear bola tidak tentu pasal.Dan yang penting,dia sangat pandai meramal (timing) bola untuk ditackle.
Sedang dia focus untuk membuat bentesan keras,Di hujung padang sana,Dia terpandang wajah Ezo Hart yang masih kesakitan jatuh sebentar tadi.


Dari kiri :-Acipdon Bale,Ezo Hart

Wajahnya sangat kasihan.Namun ada nilai humour yang tiada tolak bandingnya.Aslam terganggu fikirannya.Lantas Hernandez yang mengawal bola mengambil peluang itu untuk menolak masuk bola ke kawasan yang lebih terbuka untuk dia bertindak menjaringkan gol.Kini,pertarungan antara hernandez dan Acipmok Casillas bakal meletus.Kedua-duanya jaguh kampung yang tidak terkenal.


Tanpa membuang masa,Atuk menolak bola ke hadapan sedikit nagi memudahkan pergerakannya untuk membuat rembatan.Dia meneliti ke arah penjuru bawah kiri gawang yang sedikit terbuka.


"BooOm!!"'


Atuk menyepak padu bola tadi.Deras menuju ke arah yang dituju sebentar tadi.Casillas menghadapi kesukaran dengan situasi itu.Badannya yang agak gempak menyukarkan dia untuk merebahkan badan ke bawah.Tidak sempat berbuat apa-apa.Bola laju atuk terus melepasi Casillas.


"PAng!!!"kuat bunyi bola itu.Malang,Bola sepakan Hernandez hanya menggegar tiang gol sahaja.Melutut dia kehampaan."argh!!!!" jeritan batinnya menggegar dalam diri.


Kedudukan kekal 1-0 sehingga separuh masa pertama.

No comments:

Post a Comment