Tuesday, February 22, 2011

Zealous United 5

Gegaran tiang gol masih menggegar suasana padang.Situasi kian hangat apabila pasukan Zealous United semakin terdesak untuk mencari gol penyamaan.Malang,sepakan padu Atuk Hernandez hanya singgah di tiang gol.Jelas wajah kehampaan menyuramkan surut wajahnya.Goal Kick akan dilancarkan sebentar lagi.Namun,Acipmok Casillas tidak akan mendendang bola kali ini.Dia menyerahkan tugas itu kepada pemain pertahanannya,Aslam yang sangat teruja.


Aslam~


Aslam mengambil langkah,dia berlari perlahan ke arah bola.


"BOOM!!"tonjolan mengena tepat pada bola,terbanglah bola ke arah kanan padang.Menuju ke kawasan pemain wing berbahaya pasukan Budak Bangku.Anep Kuyt.Hahaha.Buruk bunyinya.kuyt!
Dia memerhati pergerakan bola yang kian menjunam ke arahnya.Dia bersedia menampan bola itu dengan kaki kanannya.

Kemas kawalannya,tanpa melengahkan masa dia meluru deras ke hadapan dan bersedia melakukan hantaran cross sedang Aiman Terry cuba menghalang pergerakannya.Aiman seorang pemain defend yang sangat tepat jangkaannya.Setiap lawan yang cuba melepasinya pasti akan menghadapi kesukaran.Mata Terry memerangkap pergerakan kaki Anep menyebabkan dia was-was untuk teruskan lagak gayanya.


Dia cuba.Kuyt menolak bola kedepan sambil cuba mengacah Terry."tup!"mudah sahaja Terry merampas.1,2.Dia terus mencari rakannya Pidin Gerrard di tengah padang.Menggelabah sedikit dia kerana terkejut.Dia sedang berborak dengan Akmal Ramires ketika Terry menghantar bola ke arahnya.Terkedek-kedek dia berlari ke arah bola.Dia cuba untuk tidak terlalu lama memegang bola walaupun dia mempunyai kemahiran kawalan yang sangat hebat.


Dia membuat hantaran leret ke arah Pdot Rafael yang kakinya sedikit pelik.Sebenarnya,dia baru sahaja pulih dari kecederaan lutut ligament hilang.Jadi,dia masih berusaha mencari rentaknya.Suatu ketika dahulu,dia merupakan seorang pemain yang sering mengacau bilaukan keadaan pertahanan lawan.Kini,situasi tidak lagi seperti itu.Dia lebih cenderung untuk bermain 'simple'.control-cari orang-pass.Itulah gaya permainannya sekarang.



Jadi,Dia bingkas membuat hantaran tepat ke arah striker berbisa~aww,berbisa.Hazim Berba.......tov.berbatov.betul,berbatov.Skil mengawal bola yang menjengkelkan.cuba buat turning untuk menghadap ke arah gol.Punggungnya didahulukan,jadi agak perlahan geraknya.Namun,disebabkan ke'gelabah'an   Bob Der Vaart yang mengawalnya,dia berjaya turn dengan cemerlang.
Tinggal seorang sahaja pemain lawan sebelum dia menjaringkan gol.Acipmok Casillas menanti di tiang gol.
Seorang defender berjiwa kental,Nasyraf Vidic cuba berlari ke arah Hazim dan slide.



Sebelumt tibanya kaki Vidic,Hazim berjaya melepaskan rembatan kencang tepat menuju ke arah perut golkeeper itu.Laju.


Sepakan tepat itu, berjaya ditepis oleh Casillas,Namun dia menampan bola itu ke arah seorang lagi pemain striker lawan.Ariej CR.Aha~Ariej CR.


One touch-kick yang dilakukan terus menuju deras ke arah penjuru kiri gol.Acipmok yang sudah rebah,lemas.Tidak berdaya menghalang sepakan itu.


"GOAL!!!!!" ariej CR celebrate golnya dengan menjerit.."Argh!!!!!!Gila!!!ak Goall!!!woi!!!!"semakin gila dia dibuatnya.Kedudukan 1-1 pada minit 46'.

Beginilah keadaan ariej.HAhaha

bersambung....

No comments:

Post a Comment