Bola kini terusan dalam kawalan cantik Sai.Dia bermain bola pada bahagian luar kakinya mengelirukan Apek Ozil yang masih menunggu masa untuk membetes pemain itu.Tiba-tiba datang seorang lagi pemain Zealous United.Seorang defend berjiwa pahlawan gagah,Siam Ramires semakin menghampiri kawasan bola .
Sai pening,dia cuba mencari rakan sepasukannya yang lain.Namun,tiada seorang pun yang back up dia.Apa lagi,dia pun bermain bola cara dia lah.Dia menolak bola itu jauh ke hadapan.Kira-kira 10 meter ke depan.Kemudian dia berlari kencang ke arah bola itu.Macam orang gila.Tolak,kejar,..tolak,kejar.
Disebabkan Ozil lembap,manakala Ramires pula terlajak,Sai dapat melepasi kawalan dua orang defender sekaligus.Hebat~!
Ramires membelasah Ozil kerana melepaskan Sai begitu sahaja.Gurau-gurau mesra.
Bola kini menghampiri garisan out (yang tak pernah wujud) sedang semua pemain teruja melihat Sai mengejar bola dan dia semakin dekat.Tanpa melengahkan walau sedetik masa pun,dia mengambil langkah lalu mebuat hantaran lintang tanpa melihat siapa yang ada di kawasan kotak penalti.Di situ lah hebatnya Sai.
"FFiuu!!!"bunyi bola sepakan sai tak ubah seperti tembakan meriam.
Acipdon seperti sudah bisa menjangka ke mana bola itu jatuh.Di mana ada bola cross,di situ ada acipdon bale.hodoh bunyi pantun nya.Namun,itulah hakikatnya.Acipdon kini sudah bersedia menghantuk bola itu.
Acipdon menanduk bola tepat pada bahagian dahinya.Hampir mengenai tahi lalat.Bola itu laju menuju penjuru gawang sebelah kiri.Sangat laju!Keeper Zealous United,Ezo Hart dengan segera memberi respon.segera.namun tindakannya sungguh slowmotion.Tangannya kian menggapai ke arah bola itu.Cantik terbangannya,namun malangnya,bola laju itu terus menerjah jaring walaupon terkena jari kelingking Hart.
GOAL!!!!!
acipdon berjaya menghadiahkan jaringan pendahulu 1-0 kepada budak bangku FC.
Ezo Hart bengang dengan kecuaian pemain pertahananya yang membiarkan acipdon membuat 'free header' sebentar tadi."Woi Atuk!!nape ko tak jaga acip?"kuat dia menengking pemainnya sendiri dengan suara dalamnya,sedikit hambar.
"Ala,relek la..Nanti ak score la balik,haha"Atuk Hernandez yang berwajah baby face membalas dengan yakin sambil tersenyum riang.
Bola kini kembali kepada Ezo hart untuk membuat goal kick.Biasalah,peraturan di padang hoki memang pelik sikit,lepas goal,goal kick.Seperti kebiasaan,Ezo membuat larian deras yang slowmotion,menendang bola itu jauh.Cantik lambungan bolanya.Malangnya,Buruk lagak gayanya.Ezo mengulangi gelagat Acipmok tidak lama tadi.Malah.lebih teruk lagi.Kedua-dua belah kakinya naik paras dada.Tangannya cuba menahan badan gempalnya dari jatuh.Dan punggungnya juga yang jatuh ketanah dahulu.Bingkas dia bangun.Dia cuba bangun secepat mungkin.Namun,jelas kesakitan pada wajahnya.
Rakan-rakannya yang lain cuba menahan gelak. xD ( hAhahaha.....!!) gelak dalam hati je la.
bersambung
haha.. lawok gak.. bgus.
ReplyDelete