Monday, January 31, 2011

Jinta Malang - Episod 7 (Seramnya)

Atmosfera Khindi kian menyeramkan.Warna cat dinding berwarna merah seakan-akan menguatkan lagi gambaran bahawa ini dorm "neraka".tepat jam 12 00 tgh malam,berduyun-duyun manusia tiba di dorm ini.Manusia kecil molek yang terdiri dari pelajar-pelajar F1.Pelbagai reaksi boleh anda lihat pada muka-muka mereka dek merasai kehangatan perjumpaan yang bakal berlangsung tidak lama lagi.berpeluh,menggeletar,tutup mata,berzikir.macam-macam ada.


              "Masuk tu senyap la sikit!!!bukannya masuk guna mulut pun!!"seorang kuncu Abang H yang juga menginap di bilik khindi berteriak kemarahan.Maklumlah,exco disiplin SMAPL waktu itu.


Sayup-sayup suara kecil manusia sebentar tadi kini tiada lagi selepas kena sound dengan bro nash.Pada masa yang sama,ketua batch F1,Rezzi dipanggil oleh abang nash dan diarah mencantikkan susun atur budak-budaknya.Lantas dia bertindak tak ubah macam comander mengarahkan anak-anak buahnya mematuhi arahannya.


Selepas selesai pengurusan gemilang tadi,muncullah watak utama perjumpaan grand malam itu,ABANG H!!
lagak gaya seorang pengawal penjara dengan dagunya didongak ke langit sedikit,menampakkan kehebatannya.Kagum kanak-kanak yang berada di dalam bilik Khindi.Lantas kemudian Abang H menuju ke bahagian katilnya,iaitu tempat dia berucap.


"Assalamualaikum"Lembut permulaan kata-katanya seraya disambut mantap oleh junior-junior Form 1.rata-ratanya suara nyaring kerana belum matang.Sakit telinga kalau turut berada dalam dorm tersebut.


"Abang minggu ni taknak buang masa lagi.Abang memang tak puas hati betul dengan prestasi budak-budak f1 minggu ni.Apa Abang-abang senior tak pernah ajar ke??!?'" suaranya kian memunjak.tapi belum klimaks lagi.


              Abang H bingkas mengeluarkan notebook berwarna pinknya.Satu persatu dibeleknya mencari catitan kesalahan yang melibatkan budak-budak F1.Suasana di Dorm khindi tak ubah seperti berada di rumah mayat.senyap sunyi.


            "Jinta!!!!" sini engkau!!"tersentak Jinta pabila terdengar namanya dipanggil lantas dia segera berdiri menuju ke arah Abang H . Jari-jari kecilnya dilihat menggeletar sedikit menggambarkan betapa seramnya keadaannya ketika itu.Selangkah demi selangkah dia bergerak perlahan ke arah 'malang'nya."kau tahu tak apa kau buat,ha!!??"gertak Abang H sambil tangannya mula mencekup kolar Jinta,kali ini tidak basah seperti bro keping alami.


Jinta dungu sedungu-dungunya.Dia seakan-akan berpura-pura tidak tahu kesalahannya sambil peluh masinnya mulai mengalir di bahgian atas pipinya."Kau jangan cari pasal ngan aku,Aku bagi brock lesnar aku kang!!" Abang H tidak puas hati dengan perihal Jinta yang cuba melarikan diri dari kesalahannya.
Soalan demi soalan ditujah ke arah Jinta mencabar kredibilitinya sebagai seorang junior soleh.Suaranya kian acuh tak acuh cuba menjawab persoalan.Gentar dan gelabah ,akhirnya dia tersangkut dengan muslihat kata-kata Abang H.


Abang H meneruskan tugasnya mencari kesalahan junior seterusnya sambil kembali membelek notebook pinknya.Jinta kini sudah diserahkan kepada pakar hukuman Khindi,Nash.Dimulakan dengan tamparan berpeluh,melekat beberapa saat pada pipi kanan Jinta.Disusuli dengan pusingan helikopter dengan jari diletak di lantai sambil badan berpusing sebanyak 100 pusingan mendatangkan kepeningan tahap dewa kepada Jinta.
Kesian.Rakan-rakan yang dapat melihat hukuman itu,tertawa kecil kerana kelakar betul gelagat Jinta.


Kini jarum sudah meniti pada jam 2 pagi.Sebelum tamat,Abang H membuka peluang kepada pelaku-pelaku salah minggu itu untuk bersuara .Sunyi 4-5 saat seketika ,sedikit hambar namun tiba-tiba bangun seorang malang,Alan.seorang budak yang sedikit blank + malang ketika itu selain Jinta,seraya mula berkata...


"Siapa tak puas hati ngan Ana bangun???"

...........................................................................
...........................................................................

Tiada kata-kata dapat menerangkan kehambarannya ketika itu.Disusulu hilai tawa yang  kembali menceriakan suasana dorm Khindi,Abang H turut menggelakkan Alan itu.Seluruh dorm mentertawakan Alan.Muka Alan tidak berubah,masih blank sambil mata hitamnya mmerhati sekeliling dorm yang me'rai'kannya.


                                                    *************************



bersambung....

Zealous United

zealous's 11 united & Budak bangku United


Cantik Amer Messi menggelecek dua tiga pemain budak bangku.Lepas!tiba-tiba...


"GEDEBUK!!"


sedap bunyinya.Begitulah bunyinye ketika mana amer dihentam kuat oleh defender Farid.Gagah orangnya.menggelupur messi sorang-sorang di depan penjaga gol lawan,Acip Casillas.tertawa kecil dia melihat gelagat  kawannya yang seorang itu.Amer geram diperlaku sebgitu rupa.Dia bingkas bangun,menghetak kakinya pada tanah berulang kali bak budak kecil merajok.


"Farid!!pass kat aku woi!!"botan meminta bola dari Farid.Farid mengomel dalam hati.Dia tahu kalau dia bagi kat botan.Pasti membawa kemudaratan pada pasukannya.Kalau tak bagi pula.Bising nanti.."ARGHH!!"Farid dalam dilema.


Lama sangat gentel bola,akhirnya bola dalam kawalan farid tadi dirampas oleh ketua pasukannya sendiri.Bob Der Vaart.agak menggelabah.tetapi sangat lincah dan mengelirukan.seakan-akan seluruh padang terhenti dek terpana dengan lagak Bob ini.Bob memerhati sekelilingnya untuk menghantar bola.Botan sudah mula bising dengan farid.tanpa membuang masa,mata putih Bob lantas menemui sasaran di sebelah sayap kanan padang.Sambil membuat hantaran tepat,Die tertawa comel melihat gelagat Farid dan Botan.


acipdon Bale

"Baiklah Bob!!~"Acipdon Bale menunggu bola hantaran Bob tiba sambil memuji kelibat Bob sebentar tadi.
Sambil tersenyum, dia meletakkan kakinya di tempat bakal jatuhnya bola tadi.sangat confident. Tiba-tiba,datang seorang pemain laju bak kura-kura yang ad eksoz dibelakangnya.Pidin Gerrard lantas memotong laluan bola itu tadi seraya bertindak mencari rakannya yang lain.Terkedek-kedek dia membawa bola.namun sangat berkesan walaupun di atas tanah yang kurang rata.


Pidin segera menendang bola ke arah Pdot Rafael dan bermain bola hantaran 'one two'  antara mereka berdua.Tertipu beberapa orang midfielder pasukan budak bangku termasuk Farhan Carragher.Jelas kebengangan pada raut wajah mereka.Namun,permainan terus berlangsung dengan bola masih dalam kawalan Pidin.Sekali sekala, dia mengadaptasi skil-skil CR9(pemain kegemarannya kalau tonton bola) ketika meggelecek walaupun tiada pemain lawan cuba menghalangnya.Terukir senyuman kambing pada bibirnya.Bangga agaknya.


"Hazim Berbatov!!!ambil bola ni!!"Pidin memberi isyarat untuk melepaskan hantaran deras kepada penyerang 'berbisa',Hazim.Sangat berbisa."Zapp!!"bola hantaran Pidin sederas ayunan hanger Ustz Amir menuju tepat ke kaki Hazim.Bingkas Hazim memutarkan badannya,didahului bahagian penting,punggungnya.Agak hodoh lagaknya berpusing.tetapi berkesan.Dia kini berhadapan defender kebal.Nasyraf Vidic.Vidic memerhati pergerakan kaki Hazim dengan teliti.Sekali-sekala,dia membetulkan specnye.Maklumlah.Budak nerd.
Hazim kelihatan terpana untuk meneruskan langkah bergayanya,lalu pandangannya tertumpu pada Seorang di posisi sayap kirinya.


Tanpa membuang masa,dia menghantar bola liar kepada CR zealous.Ariej.agak kelam kabut dia menanti bola  Hazim yang hodoh itu.Namun,dengan sepenuh tumpuan,dia menuju ke arah bola tersebut dan mengawal bola dengan bahgian luar kakinya.kemas dan cantik.



sambung .....

 by   :    amer teratai
 2. 15 am 1/2/11                                               
  

Tatkala Selasih Mengorek Rahsia

  
         Seperti lu owg tahu, wa kan da kne insomia.So try tidur,tak boleh2 jugak. Oleh itu,wa nak meneroskan aktiviti baru wa ni.Time wa nk tidur,wa dapat ilham pulak.Jadi nak tak nak wa kne la tulis.Nmpk mcm gelojoh tapi berbaloi,sebab lu owg bole tahu rahsia yang wa nak korek ni.Lu owg asek panggil2 tapi ta tahu legendari di sebalik nama yang feymes lagi bermakna.

         Orait,wa dengan semangat nya memilih;



2.CABAL


Nama cabal ni spesel sikit.Lain dari yang lain.. Orang asek panggil cabal2,tapi tak tahu makna yang mendalam nama tersebut..
hah,so, nama betol beliau ikram sharif.ape kene mengena ikram dengan cabal? 


Si Cabal ni seorang yang sangat semangat.Nak dijadikan cerite la, wa pun malas nak cite pnjang2..Waktu dlu,ade tournament world cup rugby.Beliau punye la semangat bercerite sebab beliau memang semngat pun.Semangat yang dilemparkan sungguh luar biase dan menakjubkan.


Beliau kate kat kita owg,'aku suke betol la kat pemain France tu,CABAL nama die.Dengan penuh semangat nya beliau bercerite tentang CABAL,pemain ragbi kesukaanya. Tentang kehebatan,ketangkasan pemain perancis itu.Setiap hari beliau bercerita.Tup2 beliau kate macm tu, dengn persetujuan semua ahli batch, secara rasminya nama beliau diganti kepada cabal.


Nampak mcm tak logik,ta semena2 kita owg pggil beliau cabal..
Ini semua sebab semangat yang luar biase yang dilemparkan oleh cabal ketika bercerite.Sampai ke hari ni, nama cabal terlekat di bibir semua org.Nak panggil ikram pun da tak senonoh wa dengar;)
Itulah cerite disebalik Cabal yang mempunyai semangat luar biase..


p/s: wa tegelak bila cikgu sahizam pnggil cabal, 'Sambal'.
      beliau konfius agaknya,

Jinta Malang - Episod 6 ( Abang H misteri)

        Good Morning class !( dengan nada nya yang tersendiri).How are u ? mukadimah Sir Khalil dengan lembut bak ayunan makcik Sarah di dewan makan.Tiba-tiba shaja terdengar bunyi seperti langau menghurung roti abdul yang sudah abes tarikh luputnya, Jinta dan rakan2 mulai bising dengan bisikan sesama sendiri. Geli di hati mereka melihat gelagat Sir Khalil dikelas. Cara percakapan english nya yang sangat mengujakan. Sangat mengujakan pelajar untuk memerlinya..Kasihan Sir Khalil..


              Tatkala Sir Khalil sedang memberikan prhatian nya kepada pelajar perempuan, pelajar lelaki mula berborak sesama sendiri.Termasuklah Jinta dan rakan sehidup sematinya,Buyung. Eh Jinta, anta tahu tak malam ni ada perjumpaan tau kat dorm Khindi. Ana dengar dorm Khindi sahaja ana tau siapa yang hendak jumpa; sampuk Mail si ketua kelas. Siapa ? si dungu Jinta masih kebingungan. Serentak rakannya, Abang H la!..


          Abang H sangat popular dikalangan pelajar f1,dikenali juga dengan gelaran kak jah,beliau tegas mengawasi gerak geri pelajar f1..  Suka mencari-cari budak nakal dan dicop kannya sebagai otai f1. Didalam buku hijau kulit pisangnya, ada dicoretkan top 10 otai f1. Dasyat sungguh abang H ini.. Gerun Jinta mendengarnya..



                      

                               *****************************************************



4.00 petang( prep petang)

         Mata Jinta seakan akan sungguh berat untuk dibuka. Biasalah waktu2 begini, kucing di kantin pun sedang relax berehat di atas meja.Berbaju kemeja hijau muda kulit pisang, Jinta pun menaggtur kerusi dikelas secara memnjang dan rapi. Beg sekolahnya diletakakn dikepala kerusi, dengan selamba tidak tahu malu, Jinta baring di ats kerusi menruskan agendanya tidur pd prep petang yag biasa dilakukan setiap hari.

    
            Sangat kena dengan tajuk cerita, malang mnimpa sekali lagi tnpa dipinta.Tidak sempat Jinta memasuki alam tidurnya,Buyung menyergah Jinta.' Jinta bangun, Abang H tgah tengok anta la. Degupan jantung Jinta kencang bak larian warden mengejar budak lewat subuh.Sungguh pantas dan kencang.


            Jinta melihat Abang H sedang berdiri di kaki pintu memerhatikannya dengan pandangan tajam dan sinis. Mata yang memandang seperti ingin mengggit,menjilat  menerkam mangsa2 nya. Jinta takut, sehingga terkencing sedikit Jinta didalam seluarnya dek telampau ketakutan. Habis la Jinta malam ini. Hampir setiap malam baginya, neraka dan lautan berapi yang harus ditempuh. Jinta telah melakukan kesalahan yang sangat2 pantang dilakukan oleh Abang H, tidur wktu prep...




          Malam perjumpaan dibilik Khindi...


    BERSAMBUNG..

     go to episod 7






7.00ptg( dot selasih)

Tatkala Selasih Mengorek Rahsia

    Dua tiga hari ni, awan asek touching je.Asek menanges je. Tatkala terdngar rintikan hujan diluar,,teringat wa kat lu orang. Music yang wa dengar ni sedeh campur leleh je bunyi...smpai liking air mata wa.haha;)
wa tipu tipu lu  orang.. mane boleh wa, selasih yang brutal ni nanges..

    Sebelum wa start apa2,wa nak briefing skit,Orait,segment ni wa baru usul kan kat blog baru ni..wa nak korek rahsia lu orang la..  Meh kite korek rahsia nickname yang selalu korang panggil tu. Da terbiase lidah lu orang memnggilnya..Bila  kita pnggil name betol pon da pelik campur ta senonoh pulak bunyinya.. Selama ni, ada yang panggil tapi tak tahu lagenda di sebalik maksud tersirat nama yang diberi warga2 batch yang kreatif lagi inovatif ni.Ok, wa tahu lu orang ta sabar nak tahu..


Orang yang first sekali wa pilih;







1.BAR


Name beliau memang tidak asing lagi.Siapa ta kenal, Timblan Ketua Umum yang berwibawa dan berfikiran kritis ni.Nama BAR mmg langsung tade kene mengena dengan nama sebenar ,Ikraam yang tercoret didalam 
Ic beliau.Yang bes nye cikgu Ayu pon panggil beliau BAR..
Lu orang boleh lihat sendirik betapa famous nye name Bar..
Awal2 mesti pelik an,kenapa panggil beliau yang kacak ni bar? Mungkn kah kepalanya berbentuk bar coklat atau pun bar magnet?


Hakikatnya,muka beliau agak seiras dengan ex smap yang tidak asing lagi iaitu abdul baar. ketua rumah abu burn tahun 2008..
Setahu wa, batch 0408 yang bagi gelaran tu kat beliau..
oleh itu,sampai sekarang la kita memnggilnya, BAR.. lebih ringkas,cepat dan bermakna.;) 
lepas ni kita same2 tunggu individu mane yang akan dikorek rahsia disebalik nickname beliau..





Sunday, January 30, 2011

Jinta Malang - Episod 5 (Lega Sekejap)

            Gegaran tapak kaki bro keping makin lama makin kuat . Apatah lagi getaran jiwa yang kini dihadapi oleh Jinta . Tetesan peluh Jinta mulai meleleh di dahinya menampakkan ketidakselesaannya ketika itu.Bingkas tangan kirinya menyeka peluh tersebut sambil bro keping semakin menghampirinya.Lagak bro keping terserlah dengan langkah catwalk yang menjadi trademarknya (satu sekolah kenal) .

"Woi,Jinta busuk!!amboi bukan main lagi engkau mencekik hotdog kat sini.Tugasan kau tu dah siap ke belum?!?"tengking keping kerek.

            Jinta terkejut.Baru dia teringat baju-baju yang ditinggalkan di bilik iron setengah jam yang lepas.Dia kian acuh tak acuh sambil mulutnya terkumat-kamit cuba memperkatakan sesuatu dengan bahasa peliknya . Bahasa yang pelajar thailand pun takkan faham.Spontan dia menjawab soalan tadi, "belum lagi bang,maaf ya.Tapi saya janji saya akan siapkan malam ni." Dia tahu dia sedang menempa malang sekali lagi kerana perihalnya yang mencuri tulang ketika 'bertugas'. Tapi,kali ini bro keping tidak kisah."Janji kau siapkan malam ni.Aku nak pakai baju tu besok.Paham!?"

            Tanpa membuang masa,Jinta segera meninggalkan gerai hotdog Abang K dan menuju ke bilik iron.Kali ini,dia nampak relaks.Kedua-dua tangannya diayun santai sambil senyuman comelnya dilempar kepada sesiapa sahaja yang dilihatnya.Dengan muka selamba dia mengetuk kuat pintu bilik iron.terkejut manusia-manusia di dalam itu yang kebanyakannya junior-junior comel setaraf dengannya.


"Hoi,Jinta!terkejut aku kau tau?!?"teriak Buyung yang sedang mengiron seluar seniornya.Kelihatan sungguh marah dengan perilaku Jinta sebentar tadi namun Jinta segera meminta maaf sambil tersenyum kambing.Jinta membuka perbualan antara mereka berdua ."wei buyung.Anta dah siap homework mathematics yang cikgu Khalil bagi?" Sopan betul Jinta berbahasa ana anta yang sememangnya budaya budak-budak junior.Dia bertanya soalan yang dia sendiri belum selesaikan.Dungunya Jinta."haha kau dah siap?aku belum~hehe" ngomel Jinta sambil muncung mulutnya.

              Akhirnya Jinta berjaya menyudahkan misinya kali ini tanpa sebarang kesulitan kecuali sembelitnya sepanjang dia mengiron baju.Namun,dia berjaya melakukannya."Aku bangga dengan diriku!" puji Jinta dirinya sambil menepuk dada dengan penumpuk kecilnya .




                                                     ******************************



kelas Jinta dan rakan-rakannya
          
          Jinta sedang tekun menuntut ilmu dalam kelasnya sambil tersengguk-sengguk sekali sekala.Kadang-kadang mengalir air liur basinya di sisi dagunya .Maklumlah, tidurnya selepas masuk asrama ni tak pernah lebih 4 jam . Kasihan kasihan .


"Bangun semua!!terima kasih cikgu~!!"pimpin Mael Si ketua kelas seraya disambut gemilang oleh rakan-rakannya yang lain .


             Buyung menyergah Jinta tidak lama kemudian,membalas perbuatan Jinta semalam . memang biasanya jarak masa lapang di antara pertukaran matapelajaran macam ni dipenuhi dengan usikan-usikan comel macam tu."Ha!kau dah siap kerja semalam belum?yang Cikgu Khalil bagi tu." tanya Buyung.

           Belum sempat apa-apa,kelibat Cikgu Khalil  muncul di pintu kelas . Dengan lagak gaya seorang artis , dia melangkah masuk ke kelas .Tie merah putih tergantung di lehernya . Dia menghempas buku-bukunya  kuat ke atas meja.

"BOMM!!"


bersambung....



go to episod 6

Jinta Malang - Episod 4 (Penangan Hotdog)

Jinta dengan tidak semena-mena terbau sesuatu  yang sangat lazat. Sangat lazat tak terkata. Jinta mencari cari dari mana datangnya arah bau itu. Dengan teliti dia membaunya, seteliti deria bau warden mencari pelajar yang menghisap rokok di bilik basuh.Selepas dapat dikesan,

    
      
          Sah,datang dari arah watercooler yang terletak di sebelah bilik mesin basuh. Tidak syak lagi,itulah bau lazat Hot dog special yang direbus menggunakan air panas water cooler yang hangat lagi mendidih. Air panas watercooler melembikkan segala jenis HotDog terutamanya hotdog yang sangat popular iaitu Hotdog Giant 5 ringgit setengah. Tatkala hotdog tersebut dicecahkan dengan sos Giant yang enaklagi meruntun jiwa, menghasilkan satu bau yang sangat unik yang mampu melenturkan keimanan seseorang di malam hari. Ia seakan memanggil2 orang untuk membeli dan melahap sehingga 5-6 batang hotdog sekaligus. Setahu Jinta rekod smap, satu malam sehingga 200 batang hotdog dapat dijual dengn larisnya.Sungguh lahap tak terkata..




          Begitu jugalah terjadinya kepada Jinta. Melihat rakan-rakanya dan orang lain sibuk membeli Hotdog special tersebut di perkarangan  asrama yang dijual oleh brother yang tidak asing lagi dalm dunia hotdog ni, ya, Brother K. Melihat kepala hot dog dicecah dengan sos Giant yang merah likat,terusik hati Jinta untuk membeli sebatang dua. Lantas, dia meninggalkan baju2 tersebut di dalam bilik setereka yang dihuni rakan2 nya yang sedang berusaha gigih berjihad didalamnya membantu abang2 kesanyangan mereka menggosok baju2 sekolah. Jinta telah melupakan Abang Keping dek terpana dengan penangan Hotdog rebus...


                                                   


Tanpa berlengah walau sesaat pun, beliau tangkas menuruni anak tangga sepantas larian olahragawan sekolah 3 kali berturut-turut. 'Bang K, hotdog di satu berapa,Jinta mahu satu'. kata Jinta tidak sabar.' Sekarang dah naik harga,70 sen sebatang,maklum lah penat outing tadi pergi Giant.Hehe, ketawa abang K. Tanpa memikirkan harga,walaupun Jinta sedar dia telah dikencing oleh Abang K yang tamak, Jinta terus mengambil sebatang Hot dog sambil dicecahkan nya ke sos yang telah disediakan dia ats penutup tin biskut.



                Sungguh benar kata2 orang lain, 'Try sekali, mesti nak 4 batang lag'. Agak tak senonoh bunyinya. Namun begitulah realiti sebenar kehebatan Hotdog giant yang direbus asli air water cooler. Jinta tidak boleh brehenti memakannya, sehingga dia ternampak Abang Keping datang ke arahnya.Jatuh Hotdog Jinta yang ke 6 itu. Apa yang harus dilakukan?.....






bersambung........





4.00(dot selasih)
go to episod 5

Jinta Malang - Episod 3 (Hukuman Durjana)

                  Larian deras Jinta sebentar tadi kini tidak lagi sederas air Sungai Temiang.Langkahnya makin longlai sambil peluh kanak-kanaknya lencun membasahi baju melayu kedut yang dipakainya.Mukanya kian hilang arah dek memikirkan nasibnya di depan Abang Keping kerana dia sudah terlewat untuk menyelesaikan misinya menghantar barang bro keping.


"Kau tahu tak kau dah lewat 15 minit??!?Aku dah siap potong kuku dah!!Aphal kau lambat??!"



                 Itu kata-kata pertama yang menembus gegendang telinga Jinta apabila dia tiba di dorm Bukhari.Belum sempat dia berkata apa-apa untuk menerangkan perihal kelewatannya,Abang Keping pantas mencekup kolar baju melayu Jinta yang berpeluh itu.Muka abang keping menggambarkan betapa bodohnya dia berbuat demikian. "adoyai,aphal ak pegang dia ni,busuk basah.GELI!!" teriak bro dalam hatinya.


                 Abang Keping tak kisah.Dia kini menjadi raksasa Bukhari sebenar.Dia begitu marah dengan Jinta dan tentunya dia akan menghukum Si malang itu.Dia melepaskan Jinta seketika sehinggalah malam yang masih muda kini sudah berusia 12.00 tengah malam.kerana Jinta ada date dengan Abang Keping di Bukhari pada waktu itu .Kejamnya abang keping membiarkan Jinta menderita menunggu hukumannya.kasihan,kasihan.


                                             ***************************


12.00 a.m.

              Jinta tiba di Bukhari dengan baju t-shirt kuning lusuh dengan seluar baju melayu.memperlihatkan karakternya sebagai seorang budak Form1 yang sangat comel.Dia memberi salam dan sebaik sahaja dia melangkah masuk dorm maut tersebut,dia lantas menyedari terdapat banyak baju-baju sekolah kedut bergantungan di anjung katil tetapi tidak sekedut baju melayu dia tadi.namun, tiada seorang pun manusia yang wujud dalam bilik itu ketika itu.


             Dia seakan-akan terpaku di situ sambil menuggu bro keping yang mahu berjumpa nya.Lantas,tumpuannya terpana pada satu note yang terlekat pada loker abang keping.dia bingkas menggapai note itu dan membacanya ...

nota hukuman dari keping


"Jinta busuk . Malam ni kau ada task yang sangat mencabar. Kau nampak tak baju-baju sekolah yang banyak dalam dorm aku tu?Jadi, kau ambil semua baju tu,kau pergi angkut pergi bilik iron.Pastu,ko pandai-pandailah apa nak buat kalau ada dalam bilik tu.Tugasan bermula sekarang !! Dari bro keping macho "

          
             Sangat sesuai dengan tajuk.Jinta yang berseluar baju melayu tadi terus mengangkut baju-baju itu ke bilik iron bak pekerja dobi yang datang setiap hari rabu dan sabtu.belum sampai di bilik iron , tiba-tiba....


    
bersambung.....


go to episod 4
          

Jinta Malang - Episod 2 (Jangan PAW daku)

"Arghh,,,Arghh..!!"terusan Jinta menjirat.Keping melihatnya dgn penuh kehairanan.Dalam hati nya tedetik,'pe kes budak ni, ak tidak mengeluarkan buku lima kerat ak pon lagi,cemas betol si Jinta dunggu ni'.Rupa-rupanya kaki Jinta digigit semut-semut merah di dorm Bukhari.Semut-semut  tersebut datang dari bekas dan tapawe yang sudah berlumut  agak 7 hari 7 malam tidak berbasuh,tepinggir di kaki pintu. ''Ish,pengotor sungguh Abang Keping ni;',tedetik di hati Jinta malang.Jinta memang suka membuat suasana menjadi hiruk pikuk.Itulah bakat yang diwarisi oleh nenek moyangnya.Sungguh pandai Jinta membuat drama sebabak.



Abang Keping terus rapat menghampiri Jinta . Berdegup kencang jantung Jinta bak kepantasan Hisyam Zafri di trek 100 meter . Sungguh deras melawan masa . Keping memegang erat bahu Jinta seraya berkata,


"Jinta,kau pergi KOOP jap,belikan aku test pad,esok aku nk exam,err,..dgan pemadam fabercastle 80 sen" .


 Habis sahaja kata2 yang keluar menongkah dari mulut Keping,terdengar sayup-sayup dari arah katil sebelah kiri yang turut memesan soya selasih 2 tin.Soya selasih sangat popular dan enak untuk membasah tekak,lagi-lagi minum bersama rakan-rakan di atas tebing depan KOOP mengusha awek-awek yang lalu.

                                                     tempat lepak minum soya selasih usha awek


''Eh,ko pergilah cepat Jinta,apa yang ko tunggu lagi? Kejap lagi tutup lah KOOP tu.Koopian mana yang nak  bukak KOOP lama2.Mereka bukannya serajin kau,Jinta.Ayuh Jinta,bersegeralah kau!''arah Keping,yang disangka garang bak guru pendidikan seninya oleh Jinta malang sebentar tadi. Jinta pun lekas menuruni anak-anak tangga dengan pantas bak kiraan jam randik yang mengukur kelajuan pelari pecut.





Setibanya Jinta di anak tangga yang terakhir,seseorang memekik kepadanya,Hey Jinta,hutang sandwich kau bila mahu kau lunas kan,pekik tauke sandwinch asrama putra.Aduh,Jinka mengomel dalam hatinya.Malang sunnguh nasib Jinta,sangat kena dengan tajuk.Beliau terpaksa berlari pecut ke dorm nya yang teletak nun jauh di blok C.Jinka mengejar masa.






Setelah selesai sahaja melunaskan hutang sandwich sebanyak RM 2,Jinta mengorak langkah kembali menuju ke destinasi yang harus dituju.Tiba-tiba ,dirasainya sapaan di belakang.'Ouh Abang Roy rupanya.Inilah abang yang selalu 'mengePAW' Jinka dikantin tatkala ingin membeli nasi goreng telur Rudi.Abang Roy meminta Jinta membelanjanya sebungkus sandwich.Bercelaru bercampur hiba hati Jinka.Keluh kesah dibuatnya.Apekan daya Si Jinka malang menolak pemintaan seniornya yang kelaparan sambil merayu dengan lembut dan berjiwa penyayang.Beliaupun mengeluarkan duit didalam saku baju melayu bekedut nya,Jinka memang tidak suka mengstreka baju.Padanlah dengan gaya nya sebagai seorang junior yang comel.Rm1 diberikan Jinka kepada tauke sandwich yang baru sahaja menjalankan perniagaannya selepas bekerja dengan Rudy kantin hampir sedekad lamanya.Hiba hati Jinta ta terkata,rm1 melayang begitu sahaja..




Setelah dipenuhi permitaan Abang Roy,sepantas kilat Jinta bergegas ke KOOP . Sangat takut dirinya,kalau Koopian telah menutup KOOP lantas pulang ke dorm masing-masing untuk tidur.Biasalah,pekerjaan Koopian sangat meletihkan.Lagi-lagi , apabila memegang jawatan pengerusi Koopian yang terhormat.Jinta memahaminya.Alhamdullilah!masih dibuka.Gembira hati Jinta tak terkata.Setibanya Jinta di hadapan Koop yang tersergam indah dihadapan Dewan makan.




Jinta melihat sungguh ramai umat manusia membeli belah disana.Rata-rata nya ingin membeli aiskrim lolli tiger 30 sen yang sangat diminati kerana harganya yang terlalu berpatutan.Jinta melihat ramai seniornya yang berwajah kacak di hadapan Koop tanpa membeli apa-apa.''Ini bahaya!'',serkah hati Jinta.Sungguh cerah peluangnya untuk di PAW sekali lagi.Jinta tidak sanggup.lagi-lagi,minggu ni ibu bapa Jinta tidak hadir untuk melawatnya.Jinta perlu berjimat.Oleh itu,Jinta mengambil keputusan untuk duduk sebentar di ats kerusi di belakang KOOP untuk menunngu senior-seniornya nya pulang menninggalkan KOOP.




Jinta duduk sambil bertemankan zikrullah di mulutnya.Itulah hobinya.Beliau telah didik oleh senior-seniornya yang berbudi pekerti mulia agar sentiasa bertemankan zikrullah.Sunnguh baiknya Jinta tak terkata.Tapi sangat bersesuaian dengan tajuk,Jinka selagi lagi ditimpa malang.Beliau tetidur tatkala menunggu.Beliau dikejutkan
oleh Abang Ken yang merupakan merangkap pengerusi KOOP yang berwibawa.'Kenapalah yang engkau tidur di sini wahai Jinta malang',kata Abang Ken dengan sedikit pancit dihujung ayatnya.Biasalah banyak melayan pelanngan,penat agaknya.



Jinta dengan segeranya memohon belas kasihan pengerusi KOOP,ya abang Ken untuk membenarkanya membeli test pad dan soya selasih yang dipesan Abang Keping.Jelas tepancar dimuka Abang Ken yang beliau ragu-ragu untuk menunaikan permintaan Jinta yang menggunung itu.Tetapi,Abang Ken seorang yang bertimbang rasa dan sedikit kacak diwajahnya.Beliau dengan berat hatinya membantu Jinta.Jinta berjaya membeli barang-barang yang dipesan.Beliau beterima kasih kepada Abang Ken dengan senyuman yang manis tetapi teselit air liur basi dibibir menunjukkan tanda terima kasihnya. Beliau beredar sambil berjalan keriangan seperti budak2 comel dengan baju melayu yang tidak bergosok.Comel nya si Jinta malang.Tiba-tiba,beliau sedar yang sekarang sudah lewat untuknya menyerahkan pesanan Abang Keping.



"Waaa.!!!"jerit Jinta kecomelan.Beliau berlari kencang seperti raja pecut Smap Labu yang hamstring di kaki mengejar masa yang pantas berlalu meninggalkannya.



Dalam hatinya..mesti aku dimarahi Abang Keping and the gang.Malangnya hidupku!.. smbil meneruskan larian deras nya tanpa memikirkan segala yang harus dilakukan seorang junior yang normal di malam hari..


bersambung..........






11.50(dot selasih)
go to episod 3

Jinta Malang - episod 1 (Epilog Malang)

Si bulan sedang menyinari Bumi ketika mana Jinta sedang berjalan pulang ke dormnya sambil tangannya diayun riang.Mulutnya sibuk mengunyah kuih karipap yang dibelinya dari kantin sekolah.Tika harinya dilihat semakin ceria,tiba-tiba...



"Woi katak!!kau datang sini cepat!!"seorang senior otai tanpa baju memekik namanya dari dorm Bukhari(Blok A).



Jinta yang masih terkejut segera menuju ke dorm tersebut.Dia mengambil langkah seribu bak si arnab dikejar si harimau.Berpeluh dia apabila tiba di dorm maut (kata budak-budak asrama) tersebut.Dia memegang lututnya spontan akibat kepenatan sedangkan senior yang mamanggilnya sebentar tadi betul-betul berada di hadapannya.Jintan bingkas bangun lalu menyeka peluh yang mengalir di dahi.



"Amboi,lambatnya kau naik.Bukannya aku suruh kau naik bumbung asrama tu pon." Perli senior yang lebih dikenali sebagai Keping itu.



Karipap yang dipegang Jinta sebentar tadi sudah lesap.Dia sendiri tidak sedar sebab dia sedang menghadapi raksasa Bukhari.Jinta cuba menjawab mengapa dia lambat dengan suara acuh tak acuh akibat mengah.Namun,segala alasan yang diberinya,satu pon tidak diendahkan senior bengis itu.
Jinta diserang mentalnya dengan soalan-soalan yang mencabar kredibilitinya sebagai seorang lelaki.
Akan tetapi,dia lampi dan masih tidak menyedari silapnya.Dungunya Jinta.



Rupa-rupanya,Jintan dipanggil kerana tak beradab makan sambil berjalan.
Raut wajahnya jelas ketakutan mengenangkan nasibnya sebentar lagi lebih-lebih lagi dia kini berada di dorm maut.



"ARGHHH!!!"jeritan batin Jinta memecah kesunyian malam.



bersambung...

go to episod 2